TENTANG CINTA 12
~ Cinta, Murni, Semulajadi Atau Kepentingan? ~ Duduk dirumah gua, peti televisyen, kerusi, bola golf dari batu. Itulah filem kartun Flinstone yang mengisahkan manusia zaman purba yang mempunyai peradapan yang moden. Masalah-masalah Flinstone dan istrinya Wilma serta jirannya yang merangkap sahabat karib mereka Barney Ruble dan istrinya Betty, adalah gambaran situasi antara hubungan masa kini. Suami bekerja diluar rumah, dan istri menguruskan rumah tangga. Kadang-kadang digambarkan, betapa Wilma dan Betty cukup bersyukur kerana suami masing-masing adalah seorang lelaki biasa yang tiada istimewanya dengan segala kelemahan yang layak diterima. Walaupun demikian, ada banyak mesej yang terselubung pada semua itu. Betapapun pesatnya kemajuan demikian dari zaman ke zaman, hubungan antara lelaki dan wanita yang paling hakiki atau yang mungkin tetap adanya. Idealisasi cinta sepert ini memang banyak muncul di dalam berbagai cerita rakyat, legenda, atau jenis-jenis sastra yang lain. Shakespeare...