TENTANG CINTA 12

~ Cinta, Murni, Semulajadi Atau Kepentingan? ~


Duduk dirumah gua, peti televisyen, kerusi, bola golf dari batu. Itulah filem kartun Flinstone yang mengisahkan manusia zaman purba yang mempunyai peradapan yang moden. Masalah-masalah Flinstone dan istrinya Wilma serta jirannya yang merangkap sahabat karib mereka Barney Ruble dan istrinya Betty, adalah gambaran situasi antara hubungan masa kini. Suami bekerja diluar rumah, dan istri menguruskan rumah tangga. Kadang-kadang digambarkan, betapa Wilma dan Betty cukup bersyukur kerana suami masing-masing adalah seorang lelaki biasa yang tiada istimewanya dengan segala kelemahan yang layak diterima.

Walaupun demikian, ada banyak mesej yang terselubung pada semua itu. Betapapun pesatnya kemajuan demikian dari zaman ke zaman, hubungan antara lelaki dan wanita yang paling hakiki atau yang mungkin tetap adanya.

Idealisasi cinta sepert ini memang banyak muncul di dalam berbagai cerita rakyat, legenda, atau jenis-jenis sastra yang lain. Shakespeare yang lahir pada tahun 1564 dan meninggal pada tahun 1616, menulis cinta Remeo dan Juliet melawan berbagai predikat atau budaya yang meletakan kasta sebagai undang-undang yang memisahkan manusia kepada manusia yang lain.

Watak Yoko dalam novel seni bela diri iaitu Sin Tiauw Hiap Lu yang melanggar segala peraturan adat resam sehingga menghalangi untuk wujudnya cinta yang suci dengan gurunya sendiri, Siauw Liong Lie.

Lalu bagaimana dengan kisah dalam filem Two Weeks Notice yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Hollywood Hugh Grant dan Sandra Bullock dimana mengisahkan Wade (Hugh Grant) yang datang dari kelas konglomerat mencintai bekas setiausahanya iaitu Lucy? Hanya melakukan kerja sama dalam kerja sehingga membuatkan mereka jatuh cinta dan saling cemburu. Bukankah mereka telah melanggar sebuah hukum jika mereka berada di India yang mengamalkan undang-undang yang membezakan latarbelakang seseorang melalui apa yang dinamakan kasta. Namun ia hanyalah sebuah filem. Tetapi moralnya adalah, walaupun mereka datang dari kelas yang berlainan, tetapi mereka saling melengkapkan antara satu dengan yang lain. Kerana setiap kelebihan yang ada pada Wade, tidak ada pada Lucy. Dan begitulah sebaliknya.

Maka wajar muncul pertanyaan tentang cinta antara lelaki dan wanita itu yang melulu secara semulajadi atau ada intervensi dari proses kebudayaan. Seberapa jauh ia tetap murni dan alami oleh berbagai perhitungan yang paling masuk akal sekalipun.

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh University Of Pittsburgh, Amerika Syarikat, yang telah diumumkan pada bulan Februari tahun 2002, telah menyimpulkan bahawa cinta murni tumbuh berdasarkan pada persahabatan.

Umumnya orang berpendapat bahawa cinta adalah persahabatan yang mendalam yang dipuncaki oleh gairah seksual, namun tidak bergantung sepenuhnya pada unsur seksual, menurut ahli psikoligi Irene Frize, yang bersama para mahasiswanya dari universiti tersebut menjalankan penelitian sejak tahun 1997.

Kumpulan penelitian ini bertanya kepada 166 orang yang berusia diantara 18 hingga 50 tahun, dimana semuanya sedang asyik dimabuk cinta. Mereka diminta menggambarkan cinta yang sedang mereka nikmati.

Para peneliti itu kemudian menganalisis setiap jawapan dan membahagikanya kepada 5 corak kategori cinta. Pembahagian ini terjadi mengkut cara psikologi Amerika Syarikat John Lee yang mempelajari hal demikian sejak 20 tahun lalu, dan menyatakan setiap golongan dalam istilah-istilah yunani.

Satu diantara lima corak kategori itu adalah Eros yang mempunyai sifat fizikal dan gejolak asmaranya yang kerap muncul hanya seketika. Kedua, ialah Lidus yang sangat mudah adalah cinta sesaat dengan beberapa pasangan. Ketiga, Mania yang memberikan tumpuan pada seorang kekasih. Keempat adalah Stroge, iaitu jenis yang sangat tenang, kekasih adalah datang dari dasar persahabatan, namun sesekali diwarnai oleh gairah asmara. Dan kelima ialah, Agape yang menuntut pengorbanan tampa mengira apakah cinta mereka dibalas atau sebaliknya.

Majoriti dari hasil kajiselidik yang dijalankan mengaku termasuk dalam corak kategori Stroge, sebuah cinta yang berdasarkan persahabatan. Jawapan ini datang baik dari hubungan yang telah berlansung lama mahupun yang baru mula, serta baik dari pihak lelaki mahupun wanita.

Umumnya ramai orang menjangkakan bahawa kalangan lebih muda akan termasuk kedalam corak kategori Eros. Namun kami tidak menemukan tanda-tanda seperti itu. Corak Stroge jauh lebih banyak, kata Irene Freize yang memimpin penelitian itu kepada Reuters.

Memang sulit mendapatkan jenis hubungan yang sama sekali tidak berkaitan dengan nafsu seks. Menurut Freize lagi, Menurut pendapat saya, hubungan yang sempurna adalah gabungan dari kedua-dua sisi itu.

Hasil penelitian terbaru itu telah menyimpang dari gambaran tentang cinta di kalangan masyarakat Amerika Syarikat. Selama ini cinta dianggap mudah mencucurkan air mata, seperti yang sering muncul dalam novel-novel percintaan dan filem-filem Hollywood.

Tidak ada disitu disebut tentang kesetiaan, dimana pada banyak masyarakat di berbagai negara dunia ini yang masih menganggap salah satu dasar hubungan yang baik. Sebabnya adalah mudah sahaja, kerana adat atau situasi dan kondisi sosial budaya memang berbeza. Kalau begitu, pertanyaanya adalah, apakah cinta itu melulu atau ada campur tangan dari proses kebudayaan, masih selalu punya peluang untuk diperkatakan.

to be continued...

ditulis oleh Syaiful Bakri (Sy41ful@GMail.Com)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

PROSEDUR PENERBITAN BUKU

Dari Badaceh, Hingga ke Jimek

LAGU NGETOP JULI 1998 - OKTOBER 2000, MY DIARY: THE MEMORY REMAINS!